Sakit Lutut Punca Emak Ayah Susah Nak Rukuk Dan Sujud Ketika Solat. Apa Yang Boleh Kita Buat Untuk Kurangkan Sakit Lutut Ketika Solat? Lutut kita amatlah penting dalam melakukan pelbagai aktiviti harian. Kalau lutut kita sakit, mulalah lambat kerja kita nak buat, terutamanya semasa solat. Nak berdiri susah, nak rukuk susah, nak sujud pun susah. Betul tak? Jadi, untuk mendapatkan solat yang sempurna dan selesa, kita wajiblah jaga lutut kita baik-baik. Punca Sakit Lutut Lutut kita mempunyai pelincir bagi memudahkan pergerakan. Pelincir ini boleh menyusut bergantung kepada usia kita. Apabila pelincir ini mula berkurangan, tulang lutut kita mula bergeser antara satu sama lain. Bila dah bergeser tu, itulah yang menyebabkan lutut kita sakit. Analoginya mudah sahaja. Bayangkan engsel pintu bilik kita. Bla engsel itu banyak minyak, mudah untuk kita buka dan tutup pintu. Tapi, apabila engsel mula berkarat dan kurang pelincir (minyak), pintu kita mula berbunyi apabila ia...